Monday, March 21, 2011

Kenal ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Ingin saya memperkenalkan diri. Saya Sujirah Binti Ibrahim. Mendapat pendidikan di UTM, Skudai, Johor. Sebelum ini saya bertugas dalam  bidang pembinaan dan kejuruteraan. Pernah berkhidmat di seberang tambak Johor. Selepas itu, melanjutkan pelajaran KPLI di Maktab Perguruan Teknikal, Kuala Lumpur dan dihantar untuk berkhidmat di SMK Sagil, Tangkak, Johor hingga kini. Saya mengajar mata pelajaran Teknik Dan Vokasional di sekolah harian iaitu mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan. Jawatan terakhir adalah Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan.
Sepanjang saya berkhidmat di SMK Sagil Tangkak, Johor banyak masa diluangkan untuk menguruskan bengkel. Tugasan saya lebih kepada  melakukan kerja-kerja teknikal. Selain itu, saya menguruskan Koperasi SMK Sagil, Tangkak, Johor sebagai setiausaha. Sepanjang mengajar mata pelajaran tersebut, saya berjaya menghasilkan satu inovasi iaitu Pelaporan Skor Kerja Kursus 3162/3. Hasil inovasi ini telah digunakan oleh semua guru mata pelajaran Teknologi Kejuruteran di seluruh negeri Johor. Kejayaan ini antaranya membolehkan saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2008. Selain itu, saya dan rakan-rakan berjaya menguruskan koperasi sekolah hingga menerima audit tanpa teguran.
Cabaran paling kritikal yang pernah saya hadapi dalam organisasi tersebut adalah konflik. Konflik wujud antara pihak pengurusan dengan guru-guru. Tercetusnya konflik ini menyebabkan berlakunya ketidakpuasan dalam kalangan guru hingga wujud guru GTK. Semasa tempoh tersebut saya memegang jawatan sebagai pengerusi Kelab Staf. Walau bagaimanapun, saya dan jawatankuasa berjaya menangani konflik tersebut menggunakan kebijaksanaan masing-masing.
Pada pandangan saya, masalah kepimpinan dan pengurusan sekolah yang jelas pada masa kini adalah masalah pendidikan perundangan. Peranan pengetua pada masa ini amat mencabar dan berisiko tinggi, tetapi sebagai seorang pemimpin di sekolah yang dianggap sebagai ‘in loco parentis’ hendaklah bersedia supaya ketidakpuasan hati ibu bapa tidak sampai tahap mengancam dan menjejaskan profesionalisme pengetua. Saya dalam dilema...

No comments:

Post a Comment