Monday, March 21, 2011

LOONEY

Pg 127
Setiap tahun, pelajar di sekolah awam menuntut agar pegawai-pegawai pendidikan memberi sebab kemungkinan (probable cause) dan waran sebelum membuat pemeriksaan. Dalam kes New Jersey v. T.L.O., US Supreme Court memastikan bahawa  pelajar di sekolah awam dilindungi oleh Fourth Amendment dan  sebab kemungkinan (probable cause) diperlukan sebelum pegawai sekolah membuat pemeriksaan.

New Jersey v. T.L.O.
Supreme Court of the US, 1985
469 US 325

Hakim White memberi pendapatnya di mahkamah

Di Amerika Syarikat, perlindungan yang diberikan kepada seorang individu didapati dalam Fourth Amendment Perlembagaan Negara. Isu pemeriksaan munasabah yang diwajibkan dalam Fourth Amendment memerlukan satu waran dan alasan yang sesuai

Pada Mac 7, 1980, guru di Piscataway High School di Middlesex County, NJ, mendapati dua orang pelajar merokok di tandas. Seorang daripadanya merupakan responden TLO, yang pada waktu itu berumur 14 tahun. Oleh sebab merokok dalam tandas merupakan pencabulan terhadap undang-undang sekolah, guru telah membawa kedua-dua pelajar tersebut ke bilik pengetua dan berjumpa dengan penolong pengetua, Theodore Choplick. Berdasarkan jawapan daripada soalan En. Choplick, mereka mengaku melanggar peraturan. Walau bagaimanapun, TLO menafikan bahawa dia merokok dalam tandas dan mendakwa dia tidak pernah merokok.

En. Choplick meminta TLO datang ke pejabatnya dan memaksa untuk melihat dompetnya. Apabila dompet dibuka, dia menjumpai satu kotak rokok dan menuduhnya berbohong. En. Choplick juga mendapati   bahawa kotak rokok itu mengandungi gulungan kertas. Berdasarkan pengalamannya, keadaan itu biasanya berkaitan dengan marijuana. Oleh itu, dia terus memeriksa dompet pelajar itu dan menjumpai sedikit marijuana, paip, beberapa beg plastik kosong,sejumlah wang yang banyak, senarai pelajar yang berhutang wang dan dua keping surat yang membabitkannya dalam kegiatan menjual dadah.


ms 128

Mr. Choplick menghubungi ibu TLO dan polis dengan menyertakan bukti urusniaga kepada polis. Ibu TLO membawa anaknya ke balai polis di mana TLO mengakui menjual marijuana di sekolah tinggi. Berdasarkan kepada pengakuan dan bahan bukti yang ada, pihak negeri telah membawa kes salah laku TLO ke mahkamah Juvenile dan Domestik Relations Court of Middlesex County. Berasaskan kepada pindaan 4, TLO menegaskan bahawa bahan bukti yang ditemui dalam dompetnya telah ditemui berdasarkan pengeledahan yang tidak sah. Walau bagaimanapun mahkamah tetap mempertahankan bahawa mengikut pindaan 4, pihak sekolah telah mengambil tindakan yang sewajarnya yang difikirkan munasabah bagi menjaga disiplin sekolah ataupun melaksanakan polisi sekolah.

            Berdasarkan piawai yang diberikan, mahkamah berpendapat siasatan yang dilakukan oleh Mr. Choplick adalah munasabah. Permulaan siasatan oleh Mr. Choplick yang mengesyaki TLO telah melanggar peraturan merokok dalam tandas. Siasatan  seterusnya telah mendedahkan terdapatnya bukti marijuana dalam simpanan TLO dan ini membolehkan Mr. Choplick menyoal siasat tentang perlakuan aktiviti penyalahgunaan dadah TLO. Dengan penafian terhadap defendan, pihak mahkamah pada 23 Mac 1981, mendapati TLO telah melanggar undang-undang dan pada 8 Januari 1982, TLO telah dikenakan hukuman pemerhatian selama setahun.

            Dalam rayuan mahkamah Juvenil, bahagian rayuan menyokong keputusan trial court’s bahawa tiada sebarang pelanggaran (tidak menyalahi) pindaan 4 tetapi mahkamah mengambil keputusan hendak melihat sama ada TLO dengan sengaja dan dalam sedar melepaskan haknya dalam pindaan 5 sebelum buat pengakuan. TLO merayu terhadap peraturan pindaan 4 dan mahkamah agung New Jersey menolak keputusan mahkamah rayuan dan mengarahkan supaya bukti yang didapati dalam dompet TLO tidak digunakan.

            Makamah agung menolak dakwaan negeri New Jersey yang mengatakan bahawa peraturan pembuangan tidak boleh digunakan untuk mengelak penggunaan bahan bukti yang dirampas secara tidak sah oleh pentadbir sekolah tanpa mahu mengambilkira bahawa hasil pemeriksaan oleh pegawai sekolah mempunyai keupayaan untuk mencegah. Mahkamah berpendapat bahawa jika pemeriksaan rasmi menyalahi hak perlembagaan maka bukti itu tidak boleh dipakai dalam kes jenayah.

            Dari segi kesahan pemeriksaan, mahkamah agung setuju dengan mahkamah Juvenil bahawa pemeriksaan tanpa waran oleh sekolah tidak menyalahi pindaan 4, sekolah mempunyai kepercayaan munasabah bahawa pelajar itu memiliki bukti aktiviti yang menyalahi undang-undang atau aktiviti menganggu disiplin dan peraturan sekolah bagaimanapun mahkamah agung tidak setuju dengan mahkamah Juvenil yang mengatakan bahawa pemeriksaan dompet TLO tiada kaitan dengan tuduhan ke atas TLO,




Pg 129-130
            Kedua-dua pernyataan ini – yang mana Pindaan ke-4 dilaksanakan di Amerika Syarikat melalui Pindaan ke -14, dan tindakan sekolah awam adalah bergantung kepada had yang ditentukan oleh Pindaan ke-14 – mungkin memadai dengan jawapan kepada cadangan di mana Pindaan ke -14 tidak melarang pencarian yang keterlaluan oleh pegawai sekolah. Walau bagaimanapun, dalam hujah balas, New jersey telah memberi hujahan yang menyatakan hujahan Pindaan ke-4 menunjukkan bahawa Pindaan ini bertujuan untuk menyelaraskan pencarian dan rampasan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasaan undang-undang sahaja; walaupun pegawai sekolah awam adalah ejen negeri menurut Pindaan ke-14, namun Pindaan ke-4 tidak memberi hak penguatkuasaan ini kepada mereka.

            Mungkin benar Pindaan ke-4 sebenarnya bertujuan untuk membangkitkan semula amalan pre-Revolutionary yang menggunakan waran am atau bantuan surat dakwa ( writs of assistance ) untuk memberi kuasa kepada pegawai mencari penyeludupan Mahkota. Tetapi Mahkamah ini tidak pernah menghadkan larangan Pindaan ini ke atas pencarian dan rampasan yang tidak munasabah dalam operasi seperti yang dilakukan oleh pihak polis. Lagipun, Mahkamah sudah lama diberitahu tentang kecaman Pindaan ke-4 yang menghalang pelaksanaan “tindakan berbentuk kerajaan” – iaitu “tindakan yang dilakukan oleh penguatkuasa yang agung”. Lagipun, kita telah mendapati bahawa Pindaan ke-4 sesuai dilaksanakan untuk aktiviti awam seperti mana penguatkuasa jenayah : pemeriksa bangunan dan ahli bomba yang memecah masuk premis kediaman untuk memadam api, semuanya tertakluk kepada kawalan yang dilaksanakan oleh Pindaan ke-4. Cuba kita lihat dalam kes Camara v. Mahkamah Perbandaran, “sebab utama Pindaan ini, seperti yang dipersetujui oleh keputusan Mahkamah, bertujuan untuk memelihara keselamatan  dan kerahsiaan individu daripada pencerobohan yang sewenang-wenangnya dilakukan oleh pegawai kerajaan.” Oleh kerana setiap individu inginkan kerahsiaan dan keperibadian yang selamat, maka “kesengsaraan samada tujuan kerajaan untuk menyiasat pencerobohan undang-undang jenayah atau perlanggaran undang-undang  atau tahap pengawalan” kini menjadi “sesuatu yang ganjil   jika ingin diperkatakan bahawa harta individu dan peribadinya dilindungi sepenuhnya oleh Pindaan ke-4 hanya apabila individu itu disyaki bertindak seperti penjenayah.”

            Dengan tidak berlandaskan bahawa secara umunya, Pindaan ke-4 tidak sesuai untuk digunakan oleh aktiviti pihak berkuasa awam, hanya sedikit mahkamah merumuskan bahawa pegawai sekolah perlu dikecualikan dari pernyataan Pindaan ke-4 memandangkan mereka mempunyai kuasa semulajadi yang istimewa ke atas murid sekolah. Guru dan pentadbir sekolah bertindak sebagai in loco parentis apabila berurusan dengan pelajar; kuasa mereka adalah seperti ibu bapa, oleh itu, mereka tidak perlu tertakluk kepada Pindaan ke-4. Oleh itu, mereka tidak boleh mendapat imuniti sebagai ibu bapa dari sekatan yang terdapat dalam Pindaan ke-4. 

m/s 131 notip
….. sambungan ayat baru..

Piawaian penentuan yang munasabah memerlukan "keseimbangan keperluan yang bertentangan antara pencerobohan dan pencarian yang diperlukan." Di satu pihak,  jangkaan munasabah terhadap privasi individu dan keselamatan peribadi; di pihak lain, kerajaan memerlukan kaedah yang berkesan untuk merapatkan kerengganan ini.

Walaupun pencarian atau mengeledah barang atau bagasi adalah terhad, ia tetap mengganggu hak kebebasan seseorang. Pindaan Keempat telah menyediakan perlindungan kepada hak privasi seseorang, namun mengeledah barang kanak-kanak adalah tetap merupakan satu pencabulan yang teruk terhadap hak kebebasan individu.

Sememangnya, Pindaan Keempat tidak melindungi subjektif jangkaan privasi yang tidak munasabah. Untuk menerima perlindungan dari  Pindaan Keempat, satu jangkaan tanpa gangguan bahawa masyarakat “bersedia untuk dikenali sebagai sah.” Kanak-kanak mempunyai hak secara mutlak membawa barangan peribadi ke sekolah tanpa gangguan privasi.

Kini mahkamah mengalami kesukaran mengekalkan  disiplin sekolah awam, keadaan bukannya sangat dahsyat sehingga  memaksa pelajar menuntut tiada jangkaan privasi yang munasabah seperti perumpamaan banduan yang tiada jangkaan munasabah privasi dalam sel-sel mereka. Murid sekolah dengan banduan adalah merupakan dua keadaan yang berlainan dan dipisahkan oleh fakta kesalahan jenayah dan pemenjaraan.




Cadangan supaya kanak-kanak tidak membawa barangan peribadi ke sekolah amat mengejutkan. Kanak-kanak bukan setakat membawa barang keperluan untuk belajar, tetapi juga barangan lain seperti kunci, wang dan keperluan kebersihan diri. Tambahan  pula kanak-kanak  mungkin membawa  dompet yang mengandungi gambar yang amat peribadi, surat dan diari.  Akhir sekali kanak-kanak berhak secara sah untuk membawa barangan yang berkaitan dengan kurikulum tambahan atau aktiviti rekreasi. Ringkasnya kanak-kanak merasakan mereka tidak bersalah membawa barangan peribadi ke sekolah.

W.Rohana

Student’s Rights – 132

Bertentangan dengan kepentingan privasi kanak-kanak mesti ditetapkan kepentingan guru-guru dan pentadbir-pentadbir dalam memelihara disiplin dalam bilik darjah dan di kawasan sekolah.  Memelihara peraturan dalam bilik darjah tidak mudah, tetapi sejak kebelakangan ini, sekolah dicemari pelbagai masalah yang memburukkan lagi keadaan:penggunaan dadah dan keganasan jenayah di sekolah-sekolah telah menjadi masalah sosial yang utama. Di sekolah-sekolah yang terdapat masalah-masalah disiplin yang sangat teruk, pemeliharaan perintah dan persekitaran pembelajaran yang teratur memerlukan penyeliaan rapi ke atas kanak-kanak sekolah, serta penguatkuasaan peraturan dijalankan dengan sempurna.  "Peristiwa-peristiwa yang melibatkan disiplin adalah peristiwa-peristiwa kerap berlaku dan kadangkala perlukan kesegeraan,tindakan yang efektif." Oleh sebab itu, kita telah mengenalpasti cara untuk memelihara keselamatan dan kelicinan pengurusan sekolah yang memerlukan sedikit keanjalan dalam prosedur-prosedur disiplin, dan kita menghormati nilai yang boleh memelihara ketidakrasmian hubungan guru-pelajar.

            Kemudian, bagaimana, harus kita berjuang untuk memperseimbangkan antara jangkaan privasi pelajar sekolah yang sah bersama keperluan sekolah untuk mengekalkan satu persekitaran  yang sah di mana pembelajaran dapat berlaku? Ia adalah jelas yang penubuhan sekolah memerlukan beberapa pengurangan dalam sekatan-sekatan oleh pihak berkuasa awam.  Keperluan waran, khususnya, adalah tidak sesuai untuk persekitaran sekolah; memerlukan seorang guru untuk mendapatkan satu waran bagi mencari seorang kanak-kanak yang disyaki terlibat dengan satu pelanggaran peraturan sekolah(atau undang-undang jenayah) akan melibatkan campur tangan segera untuk penyenggaraan dan memenuhi keperluan prosedur-prosedur disiplin yang tidak rasmi di sekolah-sekolah.  Sahaja seperti kita ada dalam kes-kes lain, tanpa keperluan waran apabila "beban mendapat satu waran adalah berkemungkinan untuk menggagalkan tujuan kerajaan di sebalik mencari," kita diberitahu hari ini, pegawai-pegawai sekolah tidak perlu mendapatkan satu waran sebelum mencari seorang pelajar yang berada di bawah kuasa mereka.

            Setting sekolah juga memerlukan sedikit pengubahsuaian terhadap tahap syak aktiviti haram untuk menjustifikasikan satu carian. Biasanya, satu carian -satu yang mungkin dibenarkan untuk dijalankan dengan tiada satu waran, mestilah berasaskan "punca yang mungkin" untuk mempercayai bahawa pencabulan undang-undang telah berlaku. Bagaimanapun "punca yang mungkin" bukan satu keperluan yang boleh mengesahkan sesuatu carian.  Perintah asas Fourth Amendment adakah itu pencarian dan perampasan menjadi munasabah, dan walaupun "kedua-dua konsep punca yang mungkin dan keperluan kepada satu waran mempengaruhi kemunasabahan satu carian, ... dalam keadaan tertentu yang terhad mahupun diperlukan. Oleh itu, kita ada dalam sebilangan kes dikenali kesahan pencarian dan perampasan berdasarkan syak wasangka yang, walaupun "munasabah" tapi tidak mencapai tahap punca yang mungkin.  Di manapun, untuk menseimbangkan kepentingan kerajaan dan peribadi, mencadangkan bahawa kepentingan awam adalah servis terbaik oleh  standard Fourth Amendment terhadap  kemunasabahan yang terhenti sekejap kerana punca yang mungkin, kita tidak dapat teragak-agak untuk menerima standard seumpama itu. 

            Kita menyertai majoriti mahkamah yang telah memeriksa isu ini dalam merumuskan yang penyediaan kepentingan-kepentingan peribadi murid sekolah dengan keperluan guru-guru dan pentadbir-pentadbir cukup banyak untuk kebebasan bagi mengekalkan peraturan di sekolah-sekolah. Ini tidak memerlukan pematuhan yang ketat kepada keperluan pencarian berdasarkan punca yang mungkin untuk mempercayai bahawa pencarian itu telah menyalahi atau melanggar undang-undang.  Kesahan pencarian seorang pelajar harus bergantung hanya kepada kemunasabahan, dalam semua keadaan pencarian. Penentu kemunasabahan dalam pencarian melibatkan dua kali siasatan:pertama, seseorang mesti mempertimbangkan "jika...tindakan adalah wajar di permulaannya,"kedua,seseorang mesti menentukan sama ada pencarian adalah sebenarnya dipimpin "adalah sepatutnya berhubung dalam skop......................

No comments:

Post a Comment