Friday, November 26, 2010

Dari Mata Pena (1)

Seronoknya...inilah pertama kali aku mendaftar untuk mempunyai blog sendiri. Bukan apa, sebelum ni rakan sebilik aku, sape lagi kalau bukan Kak Izan sering bercerita tentang blog...sebab dia memang suka menulis tapi bukan tulis guna pensel dan kertas, tulis guna keyboard. Dulu aku tak ambil pot sangat tentang penulisan ni, sebab tak minat memerah otak untuk mengeluar dan idea-idea bernas, entah tiba-tiba aku merasakan ia perlu untuk melatih diri ini menulis. Nak tau apa sebab tiba-tiba aku nak menulis, aritu mulai 22 November 2010 aku menduduki peperiksaan semester pertama di IPK,UM masa tu periksa kertas YXGA 6103, aku berasakan betapa siksanya jari jemariku menulis tanpa berhenti selama 3 jam. Dari situlah aku tergerak untuk melatih diri agar menulis...memerah otak untuk menyumbangkan idea-idea penulisan. Terima kasih Kak Izan kerana mengejutkan aku daripada terus lena...

2 comments:

  1. Salam Su... Tahniah sebab dah berjaya create blog sendirik. Harapan K Izan, moga su akan menulis dan terus menulis. tak kisah la dlm apa genre sekalipun sbb menulis ni mmg baik utk kesihatan minda. x caya? cuba tgk akak... hepi manjang wahaha.. apapun all d best utk roomate yg mmg best ni! Chaiyok!!!

    ReplyDelete