Sunday, November 28, 2010

ULANGKAJI 6107 (GSMOP) gelagat sumber manusia dlm organisasi pendidikan


(Q) Model GSMOP yang diadaptasikan daripada Robbins, terdapat pelbagai faktor penting sama ada di tahap individu, kumpulan mahu pun sistem yang boleh menyumbang kepada proses pengurusan sumber manusia yang berkesan di sekolah. Pilih satu daripada tahap tersebut dan huraikan faktor-faktor kritikal yang perlu dibangunkan oleh pengetua ke arah mencapai matlamat misi dan visi sekolah.


Pengenalan
PSM melibatkan semua keputusan dan tindakan pengurusan yang mempengaruhi perhubungan antara organisasi dan kakitangan iaitu sumber manusia
(Beer et. al., 1984 )

PSM…pendekatan strategik dan koheren (berkesinambungan) bagi pengurusan asset sesebuah organisasi yang paling bernilai iaitu orang2 yang bekerja didalamnya, yang secara individu dan kolektif menyumbang kepada pencapaian objektif2 organisasi bagi mempastikan kelebihan komparatif yang mampu bertahan lama.
(Kogan Page, dalam Amstrong, 1987)

PSM…pengembelingan individu2 untuk mencapai objektif2 organisasi. Pada asasnya pengurus2 dapat melaksanakan kerja2 melalui usaha2 orang lain. Ini memerlukan pengurusan sumber manusia secara berkesan.
(Mondy  R.W. et.al., 2002:2)

Tujuan luas fungsi sumber manusia dalam institusi pendidikan ialah untuk menarik, membangun, mengekal dan memotivasi kakitangan supaya mencapai misi sistem; membantu ahli2 untuk mencapai kedudukan dan prestasi standard unit kerja; memaksimakan perkembangan kerjaya tiap2 pekerja dan mengembeling objektif organisasi dan individu.
(Caztetter W.B. & Young I.P., 2000)


Definisi Gelagat Organisasi
Satu bidang kajian yang menyelidiki kesan gelagat organisasi atau perangai sesaorang individu, kumpulan dan sistem/struktur di dalam mempraktikkan ilmu tersebut bagi meningkatkan keberkesanan sesebuah organisasi  …Robbins (2000)

Robbins S.P. (1998) menghuraikan teori asas GSMOP kepada tiga tahap : individu, kumpulan, sistem.Di peringkat individu; faktor-faktor penting yang menyumbang kepada proses PSM yang berkesan di sekolah melibatkan personaliti, sikap dan nilai, dan kebolehan.

Empat ciri biografi ialah;
umurpengetua perlu tahu lingkungan umur staf kerana faktor umur ini boleh dikaitkan dengan kematangan, pengalaman, ilmu pengetahuan, bakat dan keupayaan .
Jantina – pengetua perlu tahu berapa bilangan guru lelaki, guru perempuan, staf dan pelajarnya.
Status perkahwinan- pengetua perlu tahu latar belakang guru yang belum berkahwin, bilang berkahwin, atau `single parent` untuk disesuaikan dengan pembahagian tugas yang boleh mempengaruhi produktivi organisasi.
Tempoh perkhidmatan – pengetua mengetahui pengalaman bertugas melalui maklumat tempoh perkhidmatan. Adakah guru itu baru atau sudah lama dalam perkhidmatan.
Personaliti ialah konsep dinamik yang menggambarkan pertumbuhan dan pembangunan seluruh sistem psikologi seseorang. Penentu-penentu personaliti ialah
*      Warisan (kelahiran- genetic)
*      Persekitaran (budaya, pendidikan awal, norma)
*      Situasi (suasana persekitaran)
Personality mempengaruhi persepsi dan motivasi.
persepsi – persepsi guru terhadap kepemimpinan sendiri dan orang sekeliling khususnya kepada pemimpin/ perubahan persepsi.
motivasi – perlu difahami ada motivasi yang tinggi di kalangan guru dan ada motivasinya yang rendah. Motivasi dari aspek pembangunan diri, pekerjaan, dan pelajaran.


Teori Holland tentang personaliti dan tugas
Realistic
-          lebih gemar aktiviti kemahiran, kekuatan dan koordinasi
investigative
-          lebih gemar aktiviti pemikiran, pengorganisasian, pemahaman
sosial
-          lebih gemar aktiviti menolong dan membentuk orang lain
konvensional
-          lebih gemar aktiviti mematuhi peraturan, tersusun dan jelas
berkeusahawanan
-          lebih gemar aktiviti percakapan yang mempengaruhi orang lain dan kuasa
artistic
-          lebih gemar aktiviti abstrak dan tidak sistematik (kreativiti)

Nilai dan sikap
Ujian kecondongan orientasi nilai
Gaya Bertindak
-          pragmatis, berterus-terang, tidak sabar, tegas, bertenaga
Gaya Proses
-          sistematik, logik, menggunakan banyak perkataan, tanpa emosi, sabar
Gaya Manusia
-          spontan, empati, mesra, subjektif, beremosi, mengamati, sensitif
Gaya Ide
-          imaginatif, berkarisma, susah difahami, berpusat kepada ego sendiri, tidak realistik, penuh ide, provokatif

Teori Jung ( Teori Jenis Psikologikal
-melihat pola manusia dalam membuat persepsi dan membuat keputusan

Myers & Briggs memperkukuhkan
Teori Jung menggunakan alat ‘Kiersey Temperament Sorter’.
Dari segi pengurusan, alat ini menerangkan tipologi personaliti staf dalam organisasi.

Kebolehan
i. kebolehan intelektual
*       kebolehan dalam nombor
*       pemahaman lisan
*       kepantasan persepsi
*       pemikiran induktif (turutan logikal)
*       pemikiran deduktif (logik / implikasi)
*       visual ruang
*       memori
ii.  kebolehan fizikal
*       faktor kekuatan – kekuatan dinamik, kekuatan tubuh badan, kekuatan statik, kekuatan ledakan
*       faktor fleksibiliti – fleksibiliti takat, fleksibiliti dinamik
*       faktor lain – koordinasi badan, imbangan dan stamina
kebolehan berasaskan kelayakan daripada pembelajaran iaitu guru berijazah, diploma dan bidang pengkhususan.

Cara membangunkan;
*       Pengukuhan positif – ganjaran
*       Peringatan, nasihat  dan bimbingan
*       Motivasi dan kursus
*       Pengagihan tugas mengikut kebolehan

 sumbangan Usraz Amran

No comments:

Post a Comment