Sunday, November 28, 2010

ULANGKAJI 6107 (KONFLIK)


 Kewujudan konflik dalam sesuatu organisasi telah diperkatakan mempunyai 2 fungsi. (konstruktif dan distruktif). Berdasarkan pengalaman atau pemerhatian anda, bincangkan maksud konsep tersebut menggunakan contoh-contoh yang sesuai. Huraikan punca yang boleh menimbulkan keadaan konflik dan strategi penyelesaiannya dalam persekitaran sekolah.

“KONFLIK adalah satu proses apabila satu pihak merasakan pihak lain telah menyebabkan kesan atau akan menyebabkan berlakunya kesan yang negatif kepada sesuatu yang dipentingkan” (Robbins, 2000)

Konstruktif (Fungsional)
Konflik berfungsi dengan memberi nilai positif kepada individu, kumpulan dan organisasi.
Robbins, 2000: boleh meningkatkan kualiti keputusan, merangsang kreativiti, menggalakkan minat, dan rasa ingin tahu antara ahli kumpulan, menyediakan pengantara, di mana masalah dapat diutarakan dan melepaskan ketegangan, dan mengukuhkan sebuah persekitaran penilaian diri dan perubahan.
  1. Meningkatkan penyertaan – membangunkan visi / matlamat, berkongsi idea dan pendapat.
  2. Meningkatkan kejelekitan – ahli-ahli diikat kukuh berasaskan pembelajaran bagaimana untuk mengurangkan perbezaan.
  3. Meningkatkan inovasi dan kreativiti – ahli-ahli digalakkan untuk “put their ideas on the table”; lebih banyak penemuan, penambahbaikan dan penyelesaian yang kreatif.
  4. Pertumbuhan dan perubahan positif individu – setiap individu akan mempelajari kekuatan dan kelemahannya.
  5. Penjelasan “kunci’ kepada isu – berasaskan perbincangan, ahli-ahli dapat mengurangkan kekaburan dan fokus kepada sumber asas konflik.
  6. Penjelasan nilai – ahli-ahli akan menjelaskan nilai yang menjadi pegangan dan memahami nilai-nilai bagi ahli-ahli yang lain.

Distruktif (disfungsional)
Konflik yang mendatangkan kelemahan ke atas prestasi kerja individu, kumpulan dan organisasi. Percanggahan di kalangan individu, individu dengan kumpulan, dan kumpulan dengan kumpulan dalam organisasi tidak dapat dielakkan dan dikawal. Robbins, 2000: ia menggalakkan ketidakpuasan, merosakkan persamaan, dan akhirnya membawa kepada kerosakan kumpulan.
  1. Emosi memuncak, termasuk perasaan marah – apabila konflik tidak dapat diselesaikan atau penyelesaian tidak berkesan, ahli-ahli yang terlibat kecewa, bimbang, berasa jengkel dan mungkin marah.
  2. Personaliti berlawanan – ahli yang terlibat dalam konflik tanpa penyelesaian biasanya berpegang kuat kepada kedudukan dan minat yang mengikat mereka lebih daripada orang lain.
  3. Komunikasi lemah - sebahagian tidak bersetuju dengan sebahagian ahli yang lain.
Jenis-jenis konflik
-          Individu / organisasi
-          Organisasi / komuniti
-          Individu & kumpulan dalam organisasi
-          Interorganisasi
-          Intraorganisasi
-          Interpersonal
-          Intrapresonal

PEMIKIRAN TRADISIONAL
konflik adalah buruk dan berkait dengan keganasan, destruksi dan tidak rasional
PEMIKIRAN PERHUBUNGAN MANUSIA
Konflik adalah semulajadi di dalam
semua kumpulan dan organisasi
PEMIKIRAN INTEGRASI
Konflik digalakkan kerana kumpulan yang harmoni,
aman, tenang dan bekerjasama adalah statik

Transisi Pemikiran Konflik













Faktor /variable/pembolehubah mencetuskan keadaan konflik:
1.    pembolehubah peribadi –  ciri atau sifat diri/ kepentingan/persepsi/cita rasa
2.    komunikasi – salah faham/ salah tafsir/arahan bertindan. Cth arahan pengetua dengan GPK berbeza atau bertindih. Mengurus konflik orang bawahan cth. GPK harus buat secara formal iaitu adakan mesyuarat/perbincangan untuk mencari penyelesaian dalam mengurus masalah (konflik).
3.    struktur – kedudukan organisasi ikut hiraki dalam birokrasi. Jika pengetua menggunakan kuasa birokrasi dan tidak gunakan kuasa pakar akan menimbulkan konflik juga.
4.    pembolehubah dijangka - `perceived`
5.    pembolehubah dirasai

Faktor-faktor lain:
i.              faktor hubungan (antara ahli-ahli)
ii.            faktor tugas (konflik yang bersandarkan isu tugas
iii.           faktor proses (konflik yang bersandarkan isu proses)
Ketiga-tiga faktor ini boleh menggambarkan pemboleh ubah-pembolehubah konflik.

Tahap Konflik
Tahap 1 : konflik terpendam
Tahap 2 : konflik dinampak
Tahap 3 : konflik dirasa
Tahap 4 : konflik terbuka
Tahap 5 : kesan konflik

Strategi mengurus konflik
KOMPETITIF / BERSAING
         Apabila seseorang cuba memenuhi kehendak diri tanpa mengira impak ke atas pihak lain dalam konflik tersebut.
         Niat untuk mencapai matlamat sendiri dengan mengorbankan matlamat pihak lain; cuba meyakini orang lain bahawa jalan penyelesaian anda yang betul.
         Sekolah : menetapkan tugas dan tanggungjawab guru
KERJASAMA
         Dua pihak cuba memenuhi keperluan satu sama lain dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak.
         Berpakat menyelesaikan masalah dengan menjelaskan perbezaan yang wujud.
         Kedua-dua pihak mencapai matlamatnya dan penyelesaian yang berfaedah.
         Sekolah : menangani masalah disiplin murid, masalah prestasi akademik murid

KOMPROMI
         Kedua-dua pihak berkonfik menyerahkan sesuatu, perkongsian wujud, dan berlakunya penyelesaian secara tolak-ansur.
         Kedua-dua pihak menamatkan konflik dengan melupakan matlamat masing-masing ( atau bersetuju menerima penyelesaian walaupun tidak memenuhi kehendak semua )
         Sekolah : pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang
AKOMODASI / PENYESUAIAN
         Satu pihak sanggup memberi keutamaan kepada kepentingan pihak lain berbanding kepentingannya sendiri.
         Kesanggupan mengorbankan matlamat diri supaya matlamat pihak lain dapat dicapai.
         Sekolah : penggunaan bilik-bilik khas / sumber terhad
MENGELAK
         Berlakunya konflik atau telah ada tanda-tanda kewujudan konflik, seseorang mengelakkan diri daripada terlibat atau terjebak dalam konflik.
         Tidak menghiraukan atau tidak mempedulikan pihak yang tidak bersetuju dengannya.
         Sekolah : pemilihan tender kantin sekolah

sumbangan Ustaz Amran 

2 comments:

  1. Tqvm su... memang dah jadik konflik nak mengingat sumer nota ni & sumbatkan dlm CPU yg dah makin usang ni... hehe.. moga kita sumer berjaya cemerlang amin!

    ReplyDelete